Close

Harga jualan iPhone SE 2022 di Malaysia naik RM200

Apple melalui acara Far Out telah melancarkan beberapa peranti baharu mereka termasuklah siri iPhone 14. Sehubungan dengan itu, Apple telah mengemaskini harga jualan bagi model iPhone 13 dan iPhone 12.

Namun begitu, perkara tersebut tidak berlaku pada iPhone SE 2022. Di mana, Apple dilihat telah menaikkan harga jualan sekitar RM150 hingga RM200 untuk model tersebut.

Sebelum ini, harga jualan untuk 64GB adalah bermula RM2,099, kini ia dijual pada harga RM2,249. Manakala, untuk pilihan 128GB dan 256GB ia kini dijual pada tanda harga RM2,499 dan RM2,999.

Apple iPhone SE 2022 telahpun dilancarkan pada 9 Mac 2022. Hadir dengan cip A15 Bionic yang turut menyokong rangkaian 5G. Menggunakan rekaan seperti model sebelumnya dan tampil dengan fungsi Touch ID.

ARTIKEL BERKAITAN