Close

Harga jualan siri Google Pixel 7 tertiris sebelum pelancaran

Menjelang hari pelancaran siri Google Pixel 7 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pelbagai maklumat mengenainya telah tertiris.

Jika sebelum ini, Google telah mendedahkan tarikh pra-tempahan. Kini, terdapat maklumat baharu yang mendedahkan harga jualan rasmi peranti tersebut.
Menurut Artem Russakovskii, Google Pixel 7 akan dijual pada tanda harga bermula RM2,763 ($599), manakala Google Pixel 7 Pro pula adalah RM4,017 ($899). Menariknya, harga rasmi siri Google Pixel 7 adalah sama seperti harga jualan siri Google Pixel 6.
Selain dari harga, warna rasmi dan kod nama juga turut didedahkan. Terdapat tiga pilihan warna yang akan ditawarkan pada siri Google Pixel 7 iaitu Obsidian, Snow, Hazel dan Lemongrass. Untuk Kod nama, Google Pixel 7 menggunakan nama Panther sementara Google Pixel 7 Pro pula adalah Cheetah.
Setakat ini, Google telah berkongsi pelbagai maklumat mengenai siri Google Pixel 7 antaranya adalah ia akan dijana cip Google Tensor G2, reka bentuk, tarikh pra-tempahan dan warna yang akan ditawarkan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan hari pelancarannya yang akan berlangsung pada 6 Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN