Close

Honor 70 5G – Prestasi dan kemampuan kamera yang terbaik dalam kelasnya

Honor 70 5G merupakan peranti kelas pertengahan premium terbaru dari Honor. Melaluinya, ia hadir dengan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk berbanding model sebelumnya.

Peranti ini bukan sahaja memfokuskan kepada kemampuan kamera melalui sensor IMX800, malah turut menawarkan pengalaman prestasi yang terbaik dalam kelasnya.


Melaluinya, kami akan berkongsi tiga perkara menarik dan tiga perkara kurang menarik mengenai Honor 70 5G berdasarkan daripada pengalaman penggunaan kami.


Tiga perkara menarik :

Prestasi


Seperti yang kita tahu, Honor 70 5G dikuasakan oleh cip Snapdragon 778G+. Secara keseluruhan, Snapdragon 778G+ berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Prestasi yang diberikan juga adalah sangat mengagumkan walaupun ia bukanlan cip dari kelas andalan. 

Untuk penggunaan biasa, Honor 70 5G tidak memberikan sebarang masalah. Semua aplikasi dapat dijalankan dan menukar aplikasi juga terasa sangat lancar biarpun menjalankan lebih dari 10 aplikasi di belakang.

Pengalaman bermain permainan pada peranti ini juga sangat mengagumkan. Kebanyakkan permainan boleh dimain dengan tetapan medium hingga ke high. Menariknya, permainan PUBG boleh dimainkan pada tetapan grafik smooth dengan frame rate extreme.

Kamera

Buat yang tidak tahu, Honor 70 5G merupakan peranti pertama yang hadir dengan sensor Sony IMX800. Tampil dengan sistem tri-kamera dengan 54MP f/1.9 utama + 50MP f/2.2 ultra lebar + 2MP f/2.4 kedalaman. Manakala, untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 32MP.

Melalui percubaan kami, imej yang dihasilkan dari Honor 70 5G adalah sangat baik yang turut dibantu dengan mod AI. Kami menyarankan anda untuk menggunakan mod AI untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Secara keseluruhan kemampuan kamera pada peranti ini adalah sangat cemerlang.

Tidak ketinggalan, keupayaan mod malam pada peranti ini sangat mengujakan. Imej yang dihasilkan adalah sangat baik, perincian imej dapat dikekalkan dan warna yang dihasilkan juga adalah sangat baik.


Selain itu, pelbagai mod kamera juga terdapat pada peranti ini seperti Aperature, Night, Portrait, Photo, Video, Multi-Video, Pro, Slow-Mo, Panorama, HDR, Time-Lapse, Stickers, Document, Super Macro, High-Res, Solo-Cut dan Story.

Teknologi Pengecasan Pantas 66W


Selain dari prestasi dan kemampuan kamera, perkara ketiga yang menarik pada peranti ini adalah mengenai sistem pengecasan. Peranti ini hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4800mAh yang turut menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W.

Dengan menggunakan HONOR SuperCharge 66W, ia mampu mengecas 60% hanya dalam 20 minit sahaja. Manakala untuk satu isian penuh pula ia hanya memerlukan masa sekitar 55 minit.

Selain dari menawarkan teknologi pengecasan yang pantas, jangka hayat bateri pada peranti ini juga adalah sangat baik. Untuk penggunaan biasa ia mampu bertahan lebih dari satu hari. Namun, ia bergantung kepada cara penggunaan anda dan keputusan mungkin sedikit berbeza.

Tiga perkara kurang menarik :


Skrin jenis melengkung


Tidak dapat di nafikan, skrin yang ada pada peranti ini boleh dikatakan sangat baik. Dipenuhi dengan pelbagai ciri seperti paparan 120Hz, panel OLED, menyokong kandungan HDR10+ dan mempunyai 1.07B warna.


Namun begitu, peranti ini tampil dengan skrin jenis melengkung. Yang mana, pada kami ia memberikan sedikit gangguan dan menimbulkan rasa kurang selesa ketika digunakan. Lebih-lebih lagi ketika bermain permainan dan menonton video.

Walaubagamanapun, ia merupakan pendapat peribadi. Anda mungkin mempunyai pendapat yang berbeza mengenainya. Seperti di awalan, skrin peranti ini sememangnya menawarkan pengalaman yang sangat baik setanding peranti premium.

Pembesar suara jenis Mono

Kebanyakkan pengeluar ketika ini menawarkan pengalaman audio yang lebih baik melalui penawaran speaker jenis stereo. Namun, tidak pada peranti ini yang mana ia tampil dengan speaker jenis Mono.

Secara keseluruhan, Mono speaker bukanlah sesuatu yang teruk. Ia masih memberikan pengalaman audio yang baik dengan kualiti bunyi yang dihasilkan terperinci dan agak kuat.


Pada pengamatan kami, speaker jenis stereo adalah lebih baik. Namun, ia bukanlah masalah yang ketara pada peranti ini, bahkan ia mungkin tidak memberikan sebarang masalah pada sesetengah pengguna memandangkan ia masih lagi dapat menghasilkan kualiti audio yang baik.

Kemaskini


Peranti ini menjalankan sistem operasi Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12. Sistem operasi ini boleh dikatakan sangat lancar dan stabil.


Namun begitu, peranti ini hanya menawarkan menawarkan dua tahun kemaskini utama dan tiga tahun kemaskini keselamatan. 


Dengan hanya dua tahun kemaskini utama, Honor 70 5G mungkin bukan pilihan utama bagi pengguna yang mementingkan kemaskini utama. Namun, perlu diingatkan peranti ini adalah sebuah peranti kelas pertengahan premium dan isu kemaskini mungkin bukan masalah utama buat sesetengah pengguna.

Kesimpulan


Secara keseluruhan, Honor 70 5G boleh dianggap sebagai sebuah peranti kelas pertengahan premium yang serba lengkap. Dengan prestasi dan keupaayan kamera yang ditawarkan melebihi apa yang kami jangkakan.

Faktor terbesar pada peranti ini semestinya pada kemampuan kameranya, sensor IMX800 berjaya menjalankan tugas dengan sangat baik dalam pelbagai keadaan. Tidak ketinggalan, harga yang ditawarkan untuk peranti ini adalah sangat berpatutan berbanding peranti yang sama kelas dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN