Close

Honor MagicBook 14 – Kompak dan berkuasa, tetapi…

Honor sedia menawarkan komputer riba generasi baharu iaitu Honor MagicBook 14 2022 untuk pasaran tempatan. Yang mana, ia merupakan komputer riba terbaik di pasaran ketika ini dan tidak hairanlah jika ia menjadi pilihan pengguna di Malaysia.

Melaluinya, hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya. Selain itu, Honor turut menawarkan pelbagai ciri menarik pada MagicBook 14 yang memfokuskan kepada pengunaan yang pelbagai.


Pada kali ini, kami akan berkongsi tiga perkara menarik dan tiga perkara kurang menarik yang ada pada Honor MagicBook 14.


Reka Bentuk 


Seperti namanya, Honor MagicBook 14 ini hadir dengan skrin bersaiz 14-inci dengan resolusi 2140x1440p dan menyokong kandungan sRGB 100%. Mempunyai bingkai yang nipis iaitu dengan 4.9 mm untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. 


Ringan dan selesa, adalah gambaran yang sesuai untuk MagicBook 14 ini. Dengan berat hanya sekitar 1.54kg ia memberikan keselesaan untuk dibawa ke mana sahaja. Rekaan yang nipis dan ringan ini juga membuatkan ia tidak memerlukan ruang yang banyak untuk disimpan di dalam beg.


Selain itu, ia juga mempunyai pensijilan dari TÜV Rheinland. Melaluinya, ia mampu untuk melindungi mata dari pancaran cahaya biru dan memberi keselesaan ketika menggunakannya. Tidak ketinggalan, MagicBook 14 ini menggunakan bahan binaan dari Aircraft-Grade Aluminum Body.


Prestasi


Secara keseluruhan, prestasi yang dibawa oleh MagicBook 14 adalah sangat mengagumkan. Dikuasakan dengan cip Intel i5- 12500H yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.



MagicBook 14 ini turut dimuatkan dengan kad grafik Nvidia GeForce RTX 2050 yang digabungkan bersama grafik Intel Iris Xe. Melaluinya, ia menjanjikan prestasi grafik yang terbaik untuk kegunaan yang pelbagai.


Sepanjang penggunaan kami, kemampuan bermain permainan serta melakukan tugas berat pada MagicBook 14 adalah sangat baik. Tiada sebarang masalah yang dihadapi sepanjang penggunaan kami dan semua tugas dapat dibuat dengan lancar.

Ketahanan bateri



Selain dari prestasi yang mengagumkan, MagicBook 14 ini juga mempunyai ketahanan bateri yang sangat baik. Honor mendakwa, MagicBook 14 boleh digunakan sehingga 15 jam untuk menonton video 1080p manakala 10.5 jam untuk penggunaan biasa.

Selain itu, MagicBook 14 ini turut mempunyai OS Turbo yang dibangunkan sendiri oleh HONOR. Melaluinya, ia mampu meningkatkan jangka hayat bateri sehingga 20% .

Dari pengunaan kami pula, bateri MagicBook 14 ini mampu bertahan sehingga lebih 6 jam untuk penggunaan biasa tanpa perlu menghidupkan mod penjimatan. 

Jadi, jika anda ingin menggunakan komputer riba ini untuk kegunaan luar ia tidak akan memberikan sebarang masalah. Namun, perlu di ingatkan penggunaan yang berbeza akan memberikan hasil ketahanan bateri yang berbeza.


Tiga perkara kurang menarik pada Honor MagicBook 14.


Skrin


MagicBook 14 membawakan skrin bersaiz 14-inci dengan resolusi 2140x1440p. Biarpun menyokong resolusi yang tinggi. Namun, MagicBook 14 ini hanya menawarkan paparan 60Hz sahaja, jika tampil dengan paparan 144Hz ia pasti menjadikan komputer riba ini serba lengkap.


Selain dari menyokong paparan 60Hz, tahap kecerahan MagicBook 14 ini juga adalah rendah iaitu pada 300 nits. Ia menjadikan penggunaan diluar tidak begitu baik. Namun begitu, pada penggunaan kami ia tidak memberikan masalah besar.


Speaker

MagicBook 14 ini membawakan dua pembesar suara yang menembak ke bawah. Secara keseluruhannya, bunyi yang dihasilkan adalah sangat baik dan juga kuat.
Tetapi, dengan kedudukannya yang menembak ke bawah, ia tidak dapat memberikan hasil bunyi yang lebih terperinci dan tahap kejelasannya juga rendah. Walaubagaimanapun, ia bukanlah perkara yang serius bagi kebanyakkan pengguna kerana ia masih dapat menghasilkan bunyi yang baik dan kuat.

Trackpad

Kualiti binaan yang ada pada MagicBook 14 ini adalah sangat baik, yang mana ia telah dibina dengan menggunakan Aircraft-Grade Aluminum Body. Namun begitu, pada bahagian trackpad ia menggunakan binaan dari plastik. Ia menjadikan sentuhan pada trackpad tidak terasa begitu premium dan clicky.


Tetapi, kawalan pada trackpad ini adalah sangat tajam dan semua gesture dapat dibuat dengan sangat lancar. Pada penggunaan kami, kami lebih cenderung menggunakan tetikus berbanding trackpad.


Kesimpulan


Selepas menggunakan MagicBook 14 ini, apa yang kami boleh rumuskan adalah komputer riba ini sememangnya mempunyai prestasi dan kemampuan yang mengagumkan.



Ia mungkin boleh dikatakan sebagai komputer riba terbaik dalam kelasnya dan terbaik yang pernah dihasilkan oleh Honor. Selain prestasi, ketahanan bateri pada komputer riba ini juga adalah sangat menakjubkan, sekaligus menjadikan ia nilai tambah pada komputer riba ini.



Jika anda merancang untuk membeli komputer riba 14-inci, MagickBook 14 2022 ini mungkin boleh diletakkan dalam senarai pembelian anda.

ARTIKEL BERKAITAN