Close

Honor rangkul 35 anugerah di IFA 2022 – Honor 70 peranti terbaik IFA 2022

Honor terus melebarkan sayapnya di peringkat global apabila membawa pulang 35 anugerah pada persidangan teknologi IFA 2022 yang berlangsung di Berlin, Jerman.


Ia merupakan kali pertama Honor tampil di persidangan tersebut sejak menjadi syarikat bebas. Dalam ucapan Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd George Zhao, menyatakan yang Honor sangat komited terhadap inovasi dan juga kerjasama terbuka.


Daripada 35 anugerah tersebut, 21 datang dari model Honor 70 yang berjaya memenangi pelbagai kategori dan ia turut diikitiraf  oleh kebanyakkan  teknologi media di peringkat antarabangsa. Sekaligus mengangkat Honor 70 sebagai peranti terbaik di IFA 2022.

Teknologi media terkemuka seperti TechRadar melabelkan Honor 70 sebagai antara telefon Android terbaik tahun ini yang menawarkan spesifikasi baik pada harga yang bepatutan. Selain itu, media perniagaan antarabangsa iaitu Forbes dalam satu artikelnya menyokong HONOR 70 sebagai peranti yang kukuh.

Sementara, Honor 8 Pad pula diangkat sebagai peranti Terbaik di IFA 2022 oleh majalah muzik dan hiburan terkemuka Billboard di atas prestasi terbaik dalam hiburan audio dan video.

Pada persidangan yang sama, Honor melancarkan beberapa produk seperti Honor 70, Honor Pad 8 dan juga Honor MagicBook 14 2022 di peringkat global. Menurut GSMArena, Honor berjaya mengukuhkan jenamanya dalam pasaran komputer riba dengan membawakan Honor MagicBook 14 2022 dalam menyaingi pesaingnya.

Honor ditubuhkan pada 2013 dan merupakan penyedia peranti pintar terkemuka global. Komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua.

ARTIKEL BERKAITAN