Close

Honor X40 kini rasmi – Snapdragon 695, paparan 120Hz dan bateri 5100mAh

Honor secara rasmi melancarkan sebuah lagi peranti baharu iaitu Honor X40 di China. Merupakan peranti kelas pertengahan, tetapi membawakan spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik.

Honor X40 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED FHD+ bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Dimuatkan dengan bateri 5100mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 40W. Untuk fotografi, ia hadir dengan sistem dwi-kamera dengan sensor utama 50MP ultra lebar + 2MP kedalaman. Sementara, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP.

Ciri lain yang turut hadir bersama adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, virtual ram sehingga 7GB, Bluetooth 5.1, sistem operasi Magic UI 6.1 berasaskan Android 12 dan sebagainya.

Di China, harga jualan bagi Honor X40 adalah bermula dari RM972 (RMB 1,499) untuk 6GB+128GB dan RM1,490 (RMB 2,299) untuk 12GB+256GB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN