Close

Huawei Mate 50 dan Mate 50 Pro kini rasmi – Snapdragon 8+ Gen 1 dengan Kamera XMAGE

Huawei secara rasminya melancarkan siri baharu Huawei Mate 50. Melaluinya, ia tampil dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk. Ia juga merupakan peranti Huawei pertama hadir dengan sokongan panggilan telefon satelit melalui satelit Beidou 3.


Huawei Mate 50 hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci OLED FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4460mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W, 50W tanpa wayar dan reverse wireless charge 7.5W.

Dari segi fotografi, ia menggunakan sistem tri-kamera dengan sensor utama dari Huawei iaitu XMAGE dengan sistem bukaan boleh diubah dari f/1.4 ke f/4.0. Dilengkapi dengan 50MP OIS sudut lebar + 13MP ultra sudut lebar + 12MP OIS telefoto. Manakala untuk swafoto ia tampil dengan sensor 13MP.

Sementara, Huawei Mate 50 Pro ia hadir dengan skrin bersaiz 6.74-inci OLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4700mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W, 50W tanpa wayar dan reverse wireless charge 7.5W.

Turut menggunakan sistem tri-kamera dengan sensor utama XMAGE, dilengkapi dengan 50MP OIS sudut lebar + 13MP ultra sudut lebar + 64MP telefoto OIS. Sensor utama 50MP turut menyokong sistem bukaan yang boleh diubah dari f/1.4 ke f/4.0. Manakala untuk swafoto ia tampil dengan sensor 13MP.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah penarafan IP68, pelindung Kunlun Glass, pengimbas cap jari bawah skrin, HarmonyOS 3.0 dan lain-lain.

Untuk harga jualan, Huawei Mate 50 dijual bermula RM3,238 ( RMB4999) untuk 128GB dan RM4,340 (RMB6699 ) untuk 512GB edisi Vegan. Manakala, Huawei Mate 50 Pro ia dijual pada harga RM4,404 (RMB 6799) untuk 256Gb dan RM5,282 (RMB7999) untuk 512GB edisi Vegan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN