Close

Ini 4 model yang tidak lagi ditawarkan oleh Apple

Seperti kebiasaan, Apple akan menamatkan atau mengemaskini harga jualan bagi model terdahulu selepas melancarkan iPhone baharu. Sehubungan dengan itu, Apple telah menamatkan penjualan bagi model tertentu.


Model yang ditamatkan penjualan adalah iPhone 11, iPhone 12 Mini, iPhone 13 Pro dan juga iPhone 13 Pro Max. Yang mana, kini ia tidak lagi tersedia di laman web rasmi Apple.

Namun begitu, terdapat model yang masih ditawarkan oleh Apple di laman web rasmi mereka iaitu iPhone 12, iPhone 13 dan juga iPhone 13 mini. Kesemua model tersebut kini dijual pada tanda harga baharu iaitu bermula dari RM3,199.


Manakala untuk siri iPhone 14 yang baharu dilancarkan, pra-tempahan akan bermula pada 16 September ini untuk iPhone 14 dan 14 Pro dan akan mula tersedia pada 23 September ini. Namun, bagi model iPhone 14 Plus ia hanya akan tersedia bermula pada 7 Oktober ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN