Close

Ini punca mengapa EVGA hentikan pengeluaran kad grafik

Kerjasama selama 20 tahun di antara EVGA dan Nvidia menemui penamatnya. Apabila syarikat tersebut tidak lagi bekerjasama dengan Nvidia dalam menghasilkan kad grafik baharu.

Melalui forumnya, EVGA mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan keputusan tersebut dibuat adalah disebabkan oleh hubungan syarikat yang semakin teruk.

Antara penyebabnya ialah, Nvidia langsung tidak memberitahu EVGA mengenai harga produk dan juga perubahan atau potongan harga kad grafik yang dibuat. Sekaligus menyukarkan EVGA untuk meletakkan harga jualannya.

Selain itu, Nvida juga tidak memberi tahu EVGA mengenai perincian spesifikasi kad grafik seperti tambahan memori yang dibuat pada produknya.

Biarpun pengeluaran kad grafik dihentikan, tetapi EVGA dikatakan akan terus menjual kad grafik sedia ada dan memenuhi jaminan ke atas kad grafik yang telah dijual oleh mereka.

Buat masa ini, EVGA tidak lagi merancang untuk melakukan sebarang kerjasama dengan Intel atau AMD dalam menghasilkan kad grafik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN