Close

Insta360 X3 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM2,199

z3


Insta360 secara rasminya melancarkan generasi baharu kamera aksi mereka iaitu Insta360 X3. Melaluinya, ia membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesfisikasi dan juga reka bentuk.


x334


Insta360 X3 dilengkapi dengan sensor kamera baharu iaitu sensor 1/2-inci 48MP yang mampu merakam video pada 5.7K 360 darjah yang lebih berkualiti serta mampu merakam imej pada 72MP. Mod timelapse juga kini boleh dirakam pada resolusi 8K. Selain itu, ia juga mampu mereakam video pada resolusi 4K atau 2.7 ultra lebar 170 darjah.


Dari segi rekaan, ia masih tampil dengan rekaan tubuh yang kompak dan mudah untuk pegang. Namun, menggunakan skrin jenis empat segi dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 2.29-inci.



Selain itu, terdapat beberapa penambahan mod baharu seperti Deep Track 2.0, Me Mode, Auto Frame, FlowState stabilization dan sebagainya. Kamera ini mempunyai bateri 1800mAh dan mampu merakam selama 81 minit. Ia juga mempunyai penarafan IPX8 dan boleh menyelam sehingga 33 meter.



Untuk pasaran Malaysia, Insta360 X3 dijual pada tanda harga bermula RM2,199. Bagi yang berminat, ia kini boleh dibeli menerusi Lazada, Shopee atau kedai rasmi atas talian Insta360.

ARTIKEL BERKAITAN