Close

iOS 16 kini ditawarkan untuk pengguna Malaysia

Pada acara Far Out, Apple turut mengumumkan sistem operasi baharunya iaitu iOS 16. Melaluinya, ia tampil dengan beberapa perubahan baru dari segi antaramuka dan juga beberapa ciri baharu.



Berikutan dari itu, bermula 1 pagi 8 September waktu Malaysia pengguna iPhone 8 dan ke atas kini sudah boleh mengemaskini ke iOS 16.


Pengguna yang ingin mengemaskini ke iOS 16, anda disarankan untuk melakukan proses backup terlebih dahulu. 



Selain itu, pastikan sambungan Wi-Fi dalam keadaan baik dan juga peranti tidak menggunakan sebarang perkakasan dari pihak ketiga bagi mengelakkan sebarang masalah selepas kemaskini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN