Close

iPhone 14 dan iPhone 14 Plus kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM4,199

Apple secara rasmi telah memperkenalkan siri iPhone 14 melalui acara Far Out yang berlangsung sebentar tadi. Seperti biasa, acara tersebut dimulakan dengan dua varian asas iaitu iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

Untuk iPhone 14, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci manakala iPhone 14 Plus pula dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci. Kedua-dua menggunakan skrin jenis takuk yang turut menyokong teknologi skrin Super Retina XDR Display. Selain itu, ia juga hadir dengan pelindung skrin jenis Ceramic Shield.

Kedua-dua peranti ini dikuasakan dengan cip A15 Bionic. Namun, menawarkan peningkatan GPU sehingga 5 kali ganda.

Untuk fotografi, iPhone 14 dan iPhone 14 Plus membawakan sistem dwi kamera dengan sensor baharu 12MP utama + 12MP ultra lebar. Yang mana Apple menjanjikan prestasi kamera yang lebih baik berbanding sensor sebelumnya. Manakala, untuk swafoto ia tampil dengan sensor sebesar 12MP.

Ciri lain yang turut hadir pada iPhone 14 dan iPhone 14 Plus adalah seperti ciri panggilan kecemasan melalui satelit, sokongan eSIM sepenuhnya, binaan aluminium, crash detection sensor dan lain-lain.

Di Malaysia, harga jualan bagi iPhone 14 adalah bermula dari RM4,199 manakala iPhone 14 Plus pula adalah bermula dari RM4,699. Ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Blue, Purple, Midnight, Starlight dan Product Red.



Bagi yang berminat, pra-tempahan bermula dari 16 September, dan akan mula tersedia pada 23 September untuk iPhone 14. Manakala iPhone 14 Plus akan tersedia bermula pada 7 Oktober.

ARTIKEL BERKAITAN