Close

iPhone 14 Pro akan menerima kemaskini untuk menyelesaikan masalah kamera


Apple sedia maklum mengenai masalah kamera yang dihadapi oleh pengguna iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max. Di mana, kamera iPhone 14 Pro mula bergegar dan mengeluarkan bunyi yang pelik apabila digunakan.


Sehubungan dengan itu, Apple akan memberikan kemaskini perisian untuk menyelesaikan masalah kamera yang dijangka akan mula diterima bermula pada minggu hadapan melalui iOS 16.0.2.



Masalah kamera pada iPhone 14 Pro mula dilaporkan oleh pengguna sejak beberapa hari lalu, di mana kamera pada iPhone 14 Pro mula bergegar dan mengeluarkan bunyi yang pelik apabila digunakan pada aplikasi pihak ketiga seperti Instagram, Snapchat atau TikTok.


Masalah tersebut menyebabkan imej atau video yang diambil tidak jelas dan tidak boleh digunakan. Jika anda menghadapi masalah ini, anda disarankan untuk tidak menggunakan kamera pada aplikasi pihak ketiga buat sementara waktu, kerana masalah ini berpotensi untuk menyebabkan kerosakkan fizikal pada perkakasan.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN