Close

iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max turut ditawarkan di Malaysia dengan harga mencecah RM8,299

Apple meneruskan acara pelancaran dengan mengumumkan dua lagi siri iPhone 14 iaitu iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Melaluinya, ia membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi namun membawakan reka bentuk yang sama seperti model sebelumnya.



iPhone 14  Pro dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci OLED manakala iPhone 14 Pro Max pula dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci OLED. Kedua-dua menggunakan skrin jenis Dynamic Island dengan paparan 120Hz. 


Turut menyokong teknologi skrin Super Retina XDR Display dan juga HDR10+. Selain itu, ia juga hadir dengan pelindung skrin jenis Ceramic Shield.


Dari segi prestasi, kedua-dua peranti hadir dengan cip A16 Bionic 4nm. Menawarkan peningkatan dari segi prestasi dan juga penggunaan kuasa yang lebih baik.


Perkara paling menarik pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max adalah pada kamera. Masih membawakan sistem tri-kamera dan sensor LiDAR yang sama. Namun, menggunakan sensor baharu iaitu 48MP  utama + 12MP ultra wide + 12MP telefoto.
Selain itu, sensor baharu ini turut menawarkan mod malam yang lebih baik dengan Photonic Engine serta mempertingkatkan keupayaan Apple ProRAW. Tidak ketinggalan, untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 12MP.


Ciri lain yang turut dihadir pada iPhone 14 Pro adalah seperti panggilan kecemasan melalui satelite, penarafan IP68, sokongan eSIM sepenuhnya, Always-On Display, crash detection sensor dan lain-lain. 


Di Malaysia, harga jualan bagi iPhone 14 Pro adalah bermula dari RM5,299 manakala iPhone 14 Pro Max pula adalah bermula dari RM5,799. Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Gold, Deep Purple, Silver dan Space Black.

Bagi yang berminat, pra-tempahan bermula dari 16 September, dan akan mula tersedia pada 23 September.

ARTIKEL BERKAITAN