Close

iPhone 14 Pro Max versi klon telah mula dijual di China


Biarpun acara pelancaran bagi iPhone 14 belum lagi dibuat. Namun, terdapat laporan menyatakan telah ada iPhone 14 Pro versi klon dijual di China.



Menerusi video yang dimuat naik di YouTube oleh saluran Amazing Unboxing, memperlihatkan iPhone 14 Pro Max klon itu membawakan rekaan yang sama seperti yang telah tertiris. 

Selain dari rekaan, iPhone 14 Pro Max klon ini juga meniru dengan teliti bungkusan kotak mengikut maklumat yang telah tertiris seperti kod bar, label, aksesori dan juga tab pelekatnya.

Namun begitu, iPhone 14 Pro Max klon ini mempunyai beberapa kekurangan seperti dari skrin yang mempunyai dagu yang lebih tebal, saiz kameranya yang dilihat sedikit kecil dan menjalankan sistem operasi Android.

Apple telahpun menjadualkan acara pelancaran pada 7 September ini, dijangka akan membawakan empat varian iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Max dan iPhone 14 Pro Max.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN