Close

Kamera iPhone 14 Pro dilaporkan mengalami masalah bergegar dan mengeluarkan bunyi yang pelik

iPhone 14 Pro dilaporkan mengalami masalah kamera yang teruk apabila digunakan pada aplikasi pihak ketiga.

Menurut beberapa pengguna, kamera iPhone 14 Pro dikatakan mula bergegar dan mengeluarkan bunyi yang pelik apabila digunakan pada aplikasi pihak ketiga seperti Instagram, Snapchat atau TikTok.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan adakah masalah tersebut datang dari pepijat atau perkakasan. Namun, jika diperhatikan masalah tersebut dilihat datang dari aplikasi pihak ketiga. 

Masalah ini mungkin boleh diselesaikan melalui kemas kini dari aplikasi pihak ketiga. Tetapi tidak menolak jika ia disebabkan dari masalah perkakasan.

Apple buat masa ini belum lagi mengeluarkan sebarang maklum balas mengenai masalah ini. Sementara itu, aplikasi pihak ketiga dikatakan sedang dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut. Masalah ini dilihat agak merisaukan, lagi-lagi ia terjadi pada peranti dengan tanda harga mencecah RM8,299.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN