Close

Kapasiti bateri Apple Watch Ultra didedahkan

Pada acara Far Out yang berlangsung minggu lalu, Apple turut mengumumkan jam tangan pintar baharu iaitu Apple Watch Ultra dengan skrin yang lebih besar dan jangka hayat bateri yang lebih lama.

Terkini, terdapat laporan yang mendedahkan kapasiti bateri yang digunakan pada Apple Watch Ultra. Menurut laporan tersebut, Apple Watch Ultra hadir dengan kapasiti bateri sebesar 542mAh.


Sumber : MySmartPrice

Sebagai perbandingan, kapasiti bateri Apple Watch Ultra adalah 76% lebih besar berbanding Apple Watch siri 8 untuk model 45mm dengan bateri 308mAh.

Dengan kapasiti bateri yang besar pada Apple Watch Ultra, ia mampu bertahan sehingga 36 jam untuk penggunaan biasa dan 60 jam dalam mod penjimatan.

Apple Watch Ultra merupakan jam tangan premium yang memfokuskan kepada sukan atau aktiviti lasak. Di Malaysia, Apple Watch Ultra dijual pada tanda harga bermula RM3,799.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN