Kapasiti bateri iPhone 14 didedahkan - FUZZ.MY

Monday, September 12, 2022

Kapasiti bateri iPhone 14 didedahkan


Apple tidak pernah mendedahkan maklumat mengenai kapasiti bateri peranti mereka, termasuklah iPhone 14 yang baharu sahaja dilancarkan minggu lalu.


Namun begitu, melalui maklumat yang diperolehi dari pangkalan data kawal selia di China telah mendedahkan kapasiti bateri bagi semua model iPhone 14.


Berdasasarkan maklumat itu, memperlihatkan kapasiti bateri pada iPhone 14, iPhone 14 Plus, dan iPhone 14 Pro sedikit meningkat. Sementara, pada iPhone 14 Pro Max kapasiti bateri dilihat terdapat sedikit penurunan.


Ini adalah senarai kapasiti bateri bagi siri iPhone 14 :

  • iPhone 14 : 3279 mAh
  • iPhone 14 Plus : 4325 mAh
  • iPhone 14 Pro : 3200 mAh
  • iPhone 14 Pro Max : 4323 mAh


Sebagai perbandingan, ini adalah senarai kapasiti bateri bagi siri iPhone 13 :

  • iPhone 13 mini : 2406 mAh
  • iPhone 13 : 3227 mAh
  • iPhone 13 Pro : 3095 mAh
  • iPhone 13 Pro Max : 4352 mAh


Biarpun jumlah peningkat kapasiti bateri dilihat tidaklah begitu besar. Namun, kesemua model iPhone 14 dijangka akan dapat menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama berbanding model sebelumnya.


(Sumber)