Close

Kemaskini iOS 16.0.2 untuk menyelesaikan masalah kamera pada iPhone 14 Pro kini tersedia

Apple hari ini mula melepaskan kemaskini iOS 16.0.2 bagi menyelesaikan masalah kamera yang dihadapi oleh pengguna iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max.


Kemaskini tersebut turut menyelesaikan beberapa masalah pepijat lain seperti copy dan paste, voice over, masalah skrin pada iPhone 11, XR dan X, masalah skrin menjadi gelap ketika proses mengaktifkan dan lain-lain.
Buat semua pengguna yang menjalankan iOS 16, anda kini sudah boleh mengemaskini peranti secara Over The Air (OTA) dengan pergi ke Setting > General > Software Update.

ARTIKEL BERKAITAN