Close

Kos penukaran bateri iPhone 14 dilaporkan meningkat sebanyak 43%

Apple telahpun melancarkan siri iPhone 14 pada minggu lalu. Menariknya, harga jualan bagi siri iPhone 14 dilihat tidak meningkat sebaliknya kekal seperti mana model sebelumnya.


Tetapi, mungkin ramai yang tidak mengetahui yang mana Apple telah menaikkan harga bagi kos penukaran bateri pada kesemua model iPhone 14.


Harga baharu untuk kos penukaran bateri bagi siri iPhone 14 adalah sekitar RM446 ($99), meningkat sebanyak 43%. Yang mana harga kos sebelum ini adalah sekitar RM310 ($69).

Walaubagaimanapun, harga kos penukaran bateri ini adalah untuk peranti di luar jaminan atau di luar perlindungan AppleCare+. Jika peranti masih dalam jaminan, kos penukaran adalah percuma.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN