Close

Lebih dari 50% penduduk Amerika Syarikat menggunakan iPhone berbanding Android

Menurut data terkini, lebih dari 50% penduduk di Amerika Syarikat dilaporkan menggunakan peranti Apple berbanding peranti Android.

Oleh dari itu, buat pertama kalinya dalam sejarah, iPhone berjaya mengatasi keseluruhan pengguna Android sejak dari tahun pertama iPhone diperkenalkan di Amerika Syarikat iaitu pada tahun 2007.

Pada ketika itu, pasaran telefon pintar dikuasai oleh beberapa pengeluar utama seperti Nokia, BlackBerry dan juga Motorola. 

Sumber : Counterpoint

Selain dari mempunyai lebih dari 50% pengguna di Amerika Syarikat. Apple juga dilaporkan mempunyai pegangan sebanyak 57% daripada keseluruhan jualan telefon pintar berdasarkan dari laporan suku kedua tahun 2022. Pencapaian tersebut dijangka akan terus meningkat menjelang akhir tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN