Close

Mat Kilau akan ditayangkan di Netflix pada 16 September ini

Filem yang telah mencipta sensasi di Malaysia iaitu Mat Kilau secara rasmi akan ditayangkan di Netflix tidak lama lagi.

Filem Mat Kilau akan mula ditayangkan secara global pada 16 September ini kecuali di Indonesia, yang mana ia akan ditayangkan bermula pada 14 Oktober.

Filem Mat Kilau berjaya mencipta sensasi apabila menjadi filem pertama dengan kutipan tertinggi dengan jumlah mencecah RM100 Juta pada hari ke 40 tayangannya di pawagam.


Filem ini mengisahkan perjuangan tokoh pahlawan Mat Kilau yang menentang penjajah British untuk melindungi tanah airnya. Dibintangi oleh Dato’ Adi Putra, Beto Khusyairi, Fattah Amin dan juga Johan As’ari.

ARTIKEL BERKAITAN