Close

Monitor Samsung Odysses Ark kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM13,999

Monitor Samsung Odysses Ark kini ditawarkan untuk pasaran tempatan. Yang mana monitor ini telahpun diperlihatkan di acara CES 2022 pada awal tahun lalu.

Monitor ini hadir dengan panel Quantum Mini LED bersaiz 55-inci, jenis melengkug 1000R bersama paparan 165Hz. Mempunyai resolusi 4K yang turut menyokong kandungan HDR10+ dan juga AMD Freesync Premium Pro.

Monitor ini juga boleh digunakan dalam dua keadaan iaitu secara lanskap atau secara menegak dengan setiap kandungan akan mengikut keadaan monitor. Menariknya, pada keadaan menegak, pengguna boleh menonton TikTok, Reels dan Shorts seperti mana pada telefon iaitu dengan nisbah yag betul.

Dari segi sambungan, monitor ini mempunyai 2X USB-A, LAN, 4X HDMI 2, dan juga output audio. Selain itu, monitor ini juga menyokong sistem audio dari Dobly Atmos dengan output 60W.

Di Malaysia, Samsung Odysses Ark ditawarkan dengan harga RM13,999. Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka bermula dari 8 sehingga 18 September ini. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma berupa sebuah projektor The Freestyle yang bernilai RM4,999.

ARTIKEL BERKAITAN