Close

Ninja Van dilantik sebagai rakan kongsi logistik untuk TikTok Shop

TikTok Shop secara rasminya mengumumkan yang Ninja Van adalah rakan kongsi logistik mereka. 

Dengan kerjasama ini, Ninja Van akan menjadi kurier yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan penghantaran barang di TikTok Shop. Sekaligus ia akan memudahkan lagi proses jualan.

TikTok Shop kini semakin mendapat tempat yang mana ia disepadukan dalam aplikasi TikTok. Melaluinya, produk akan dicadangkan melalui penstriman langsung, video atau tab khas pada profil penjual atau individu.

Selain Malaysia, kerjasama logistik ini turut merangkumi beberapa negara lain seperti Indonesia dan juga Filipina.

ARTIKEL BERKAITAN