Close

Nvidia GeForce siri RTX 40 dilancarkan dengan harga mencecah sehingga RM7,304

Nvidia melalui acara GeForce Beyond telah memperkenalkan siri kad grafik baharu mereka iaitu GeForce siri RTX 40. Kad grafik baharu ini menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik model dari sebelumnya.

Nvidia GeForce RTX 4090 merupakan kad grafik yang paling unggul untuk siri kali ini. Menggunakan binaan baharu dengan teras CUDA 16384 dengan kelajuan sehingga 2.52GHz. Dilengkapi dengan memori sehingga 24GB GDDR6X dan menawarkan peningkatan prestasi 2-4 kali lebih pantas dari RTX 3090 Ti.


Seterusnya adalah Nvidia GeForce RTX 4080, ditawarkan dalam dua varian dengan varian pertama hadir dengan teras CUDA 9738 dengan kelajuan sehingga 2.51GHz. Dilengkapi dengan memori sehingga 16GB GDDR6X dan turut menawarkan peningkatan prestasi 2-4 kali lebih pantas dari RTX 3080 Ti. Sementara, varian kedua pula hadir dengan memori 12GB GDDR6X. teras CUDA 7680 dengan kelajuan sehingga 2.61GHz.

Kad grafik ini dibina menggunakan teknologi baharu dengan binaan TSMC dengan proses 4nm Ada Lovelace. Turut menggunakan teras RT generasi ke-3 dan teras Tensor generasi ke-4 dengan kemampuan mengolah Ray-tracing dengan lebih cekap serta mempercepatkan transformatif teknologi AI .

Selain itu, Nvidia turut memperkenalkan teknologi baharu iaitu Shader Execution Rendering dan juga DLSS 3.0. Yang mana gabungan ini menjanjikan prestasi grafik yang lebih baik dan dapat memanfaatkan resolusi tinggi tanpa sebarang masalah.

Untuk harga jualan, Nvidia GeForce RTX 4090 dijual pada tanda harga sekitar RM7.304 ($1599) dan akan mula dijual secara global pada 12 Oktober ini.

Sementara untuk Nvidia GeForce RTX 4080, ia dijual pada tanda harga RM5,477 ($1199) untuk 16GB GDDR6X dan RM4,107 ($899) untuk 12GB GDDR6X. Akan mula dijual bermula November ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN