Close

OnePlus memperlihatkan jam tangan pintar di bawah penjenamaan Nord

OnePlus tidak lama lagi akan memperkenalkan jam tangan pintar di bawah penjenamaan Nord. Berikutan dari itu, OnePlus telah berkongsi teaser awal mengenai peranti tersebut.



Perkongsian yang dibuat melalui laman rasmi OnePlus India, memperlihatkan rekaan jam tangan pintar hadir dengan reka bentuk segi empat dan terdapat butang fizikal yang terletak di sebelah tepi.


Dengan penawaran di bawah penjenamaan Nord, peranti ini dijangka akan dijual pada tanda harga yang lebih berpatutan berbanding penawaran dibawah jenama OnePlus.


Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai spesifikasi lain yang akan dibawa. Namun, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi oleh OnePlus tidak lama lagi.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN