Close

Oppo tiru Apple dengan tidak lagi menyertakan kepala pengecasan bermula tahun 2023

Oppo nampaknya bakal mengikuti jejak langkah Apple dengan tidak lagi menyertakan kepala pengecasan di dalam kotak peranti bermula pada 2023.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Billy Zhang yang merupakan Presiden Jualan dan Perkhidmatan Luar Negara Oppo. 
Menurut beliau lagi, rancangan tersebut akan dilakukan secara berperingkat dengan permulaan akan dilakukan khusus untuk beberapa peranti. Selain itu, ia juga akan dilakukan di beberapa pasaran terpilih dan bergantung kepada peranti itu sendiri.

Kami menjangkakan akan lebih pengeluar akan mengikuti jejak langkah ini, dan kebarangkalian untuk OnePlus melakukan perkara yang sama adalah sangat tinggi memandangkan mereka kini di bawah satu bumbung yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN