Close

Permintaan iPhone 14 Plus dilaporkan lebih rendah berbanding iPhone mini


Apple telahpun melancarkan siri iPhone 14 pada minggu lalu. Berikutan dari itu, Apple telah membuka pra-tempahan dibeberapa buah negara.



Terkini, penganalisis Ming-Chi Kuo telah mengeluarkan laporan awal berkenaan pra-tempahan siri iPhone 14. Berdasarkan dari laporan itu, memperlihatkan permintaan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus dilihat sangat rendah berbanding iPhone 13 mini.


Dengan permintaan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus yang dilihat kurang mendapat sambutan. Apple dijangka akan mengurangkan penghantaran pesanan bagi kedua-dua model tersebut.

Namun begitu, perkara tersebut tidak berlaku kepada dua lagi model iaitu iPhone 14 Pro dan Phone 14 Pro Max. Menurut Kuo, permintaan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max adalah sangat baik seperti mana model sebelumnya iaitu iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max.


Melihatkan kepada trend ini, ia mugkin disebabkan oleh iPhone 14 dan iPhone 14 Plus hanya menawarkan sedikit peningkatan dari segi kamera dan masih mengekalkan cip A15 Bionic yang sama seperti siri iPhone 13.


Di Malaysia, pra-tempahan bagi iPhone 14 dan 14 Pro akan bermula pada 16 September ini dan akan mula tersedia pada 23 September ini. Namun, bagi model iPhone 14 Plus ia hanya akan tersedia bermula pada 7 Oktober ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN