Close

POCO M5 dan POCO M5s kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM649

Poco M5 dan Poco M5s telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global. Kedua-dua membawakan spesifikasi yang lebih kurang sama namun tampil dengan reka bentuk yang sedikit berbeza.

Poco M5 hadir dengan skrin bersaiz 6.58-inci LCD FHD+ bersama paparan 90Hz. Dijana cip MediaTek Helio G99 yang dipadankan dengan RAM sehingga 6GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 128GB UFS 2.2. 
Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 18W. Turut hadir dengan tetapan tri-kamera belakang iaitu 50MP utama + 2MP makro + 2MP kedalaman. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 5MP.
Sementara Poco M5s, hadir dengan skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED dengan paparan standard iaitu 60Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G95 yang digabungkan dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 12GB.
Bateri sebesar 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Turut hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan 64MP + 8MP + 2MP + 2MP. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP.
Di Malaysia, harga jualan bagi Poco M5 adalah bermula dari RM649 untuk 4GB+64GB dan RM799 untuk 6GB+128GB. Manakala untuk Poco M5s pula adalah RM699 untuk 4GB+64GB dan RM849 untuk 6GB+128GB.

Bagi yang berminat, harga promosi akan diberikan jika anda membeli dari 7 hingga 14 September. Di mana, Poco M5 akan dijual pada harga RM599 untuk 4GB+64GB dan RM699 untuk 6GB+128GB. Sementara, Poco M5s pula akan dijual ada RM659 untuk 4GB+64GB dan RM849 untuk 6GB+128GB.

ARTIKEL BERKAITAN