Close

Qualcomm umum cip Snapdragon 6 Gen 1 dan Snapdragon 4 Gen 1

Selepas mengumumkan Snapdragon 7 Gen 1 pada May lalu, Qualcomm akhirnya mengumumkan dua lagi cip kelas pertengahan dan kelas permulaan mereka iaitu Snapdragon 6 Gen 1 dan Snapdragon 4 Gen 1.

Snapdragon 6 Gen 1 akan dibina dengan teknologi 4nm, yang mana Qualcomm menjanjikan prestasi yang dinamik serta penggunaan kuasa yang lebih baik. Selain itu, ia turut menyokong sambungan WiFi 6E dan juga rangkaian 5G.
Dari segi kemampuan kamera, Snapdragon 6 Gen 1 menyokong sehingga 108MP dengan kemampuan memproses isyarat imej tiga kali ganda lebih baik. Ia juga menyokong rakaman sehingga 4K dengan HDR. Dalam masa yang sama, ia turut menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 40% dan peningkatan grafik sehingga 35%.

Manakala untuk Snapdragon 4 Gen 1, ia akan dibina dengan teknologi 6nm dan lebih memfokuskan kepada telefon mampu milik. Membawakan peningkatan prestasi sehingga 15% dan peningkatan grafik sehingga 10%. Turut menyokong sensor sehingga 108MP dengan kemampuan memproses isyarat imej tiga kali ganda lebih baik.

Peranti dengan Snapdragon 6 Gen 1 dijangka akan hadir menjelang awal tahun 2023, manakala peranti dengan Snapdragon 4 Gen 1 dijangka hadir dalam beberapa minggu sahaja lagi. Motorola dan IQOO dilaporkan bakal menjadi pengeluar terawal yang akan hadir dengan cip baharu ini.

ARTIKEL BERKAITAN