Close

Reka bentuk awal OnePlus 11 Pro tertiris

Sumber : OnLeaks

OnePlus dijangka akan melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 11 Pro. Berikutan dari itu, terdapat beberapa imej awal telah tertiris yang dilaporkan sebagai OnePlus 11 Pro.

Sumber : OnLeaks

Berdasarkan dari imej tersebut, memperlihatkan reka bentuk OnePlus 11 Pro tampil dengan reka bentuk yang sama seperti OnePlus 10 Pro. Ia juga menggunakan rekaan skrin jenis melengkung dengan kamera swafoto jenis berlubang.

Sumber : OnLeaks

Perubahan ketara dapat dilihat pada rekaan modul kamera, yang mana ia tampil dengan bentuk bulat seakan modul kamera Xiaomi 12S Ultra yang digabungkan dengan bonggol kamera sedia ada. Turut dapat dilihat, ia hadir dengan tetapan tri-kamera bersama penjenamaan Hasselblad.

Menariknya, butang ikonik OnePlus iaitu alert slider dibawakan kembali pada OnePlus 11 Pro selepas ia dibuang pada model OnePlus 10T.

OnePlus 11 Pro dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dan akan menjadi peranti terawal hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN