Close

Rekaan Apple Watch Pro tertiris – Menggunakan skrin jenis rata dengan butang tambahan

Apple Watch Pro dijangka akan turut diumumkan pada acara pelancaran iPhone 14 yang telah dijadualkan pada 7 September ini.

Sumber : The Apple Hub

Menjelang hari pelancaran yang akan tiba tidak lama lagi, terdapat pelbagai maklumat mengenainya telah tertiris. Terbaru, 91 Mobiles telah berkongsi imej rekaan yang dikatakan sebagai Apple Watch Pro.

Sumber : 91Mobiles

Melalui imej tersebut, memperlihatkan Apple Watch Pro tampil dengan skrin jenis rata yang lebih besar bersama bingkai yang lebih nipis. Terdapat butang tambahan baharu bersama lubang pembesar suara yang terletak di sisi kiri jam. 

Sumber : The Apple Hub

Di sisi kanan jam pula, terdapat butang navigasi berputar dan butang berbilang tugas dengan saiz yang lebih besar dari model sedia ada. Selain itu, Apple Watch Pro dijangka akan hadir dengan saiz 49mm dengan tali yang lebih premium.


Sumber : 91Mobiles

Maklumat lain yang telah tertiris mengenai Apple Watch Pro adalah seperti mempunyai bateri yang lebih besar, menyokong mod kuasa rendah, menggunakan binaan titanium dan juga mempunyai lebih banyak statistik kecergasan.

Apple Watch Pro turut dilaporkan akan menjadi jam tangan pintar termahal yang pernah dihasilkan oleh Apple dengan tanda harga bermula dari RM4,041 ($900). 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN