Close

Rekaan Nothing Ear (Stick) diperlihatkan – Dijangka memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi

Nothing sedia mengemaskini penawaran TWS mereka, dengan akan melancarkan Nothing Ear (Stick) sebagai penawaran baharu dengan harga yang lebih kompetitif.

Berikutan itu, Nothing telah mendedahkan reka bentuk Ear (Stick) melalui pertunjukkan fesyen Chet Lo SS23 yang berlangsung baru-baru ini.

Nothing Ear (Stick) dilihat tampil dengan reka bentuk yang berbeza dari model sebelumnya dengan menggunakan rekaan seperti silinder atau seakan gincu bibir. Namun begitu, ia masih lagi membawakan rekaan ikonik Nothing iaitu diperbuat dari bahan lut sinar.

Malangnya, dari segi spesifikasi, Nothing tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenainya. Namun, kami menjangkakan ia mungkin hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan model sebelumnya.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang dikeluarkan oleh Nothing untuk pelancaran Ear (Stick). Namun, peranti ini dilaporkan telah melepasi senarai SIRIM pada beberapa bulan yang lalu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN