Rockstar sahkan rangkaian mereka digodam dan permainan GTA 6 tertiris - FUZZ.MY

Tuesday, September 20, 2022

Rockstar sahkan rangkaian mereka digodam dan permainan GTA 6 tertiris


Selepas gameplay permainan GTA 6 tertiris sejak semalam, Rockstar Games akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.



Kenyataan rasmi tersebut mengesahkan yang mereka mengalami masalah pencerobohan rangkaian yang dilakukan oleh pihak ketiga. Di mana, pengodam tersebut berjaya mengakses data dan memuat-turun sejumlah maklumat rahsia daripada sistem mereka, termasuklah rakaman pembangunan GTA 6.


Dalam masa yang sama, Rockstar mengatakan yang pembangunan permainan GTA 6 akan terus berjalan seperti yang dirancang dan tidak akan berlaku sebarang gangguan terhadap perkhidmatan mereka. Selain itu, Rockstar turut mengatakan yang GTA 6 akan dilancarkan dengan cara yang betul apabila permainan tersebut sudah bersedia.


Rockstar turut meluahkan rasa kecewa disebabkan oleh ketirisan maklumat pembangunan permainan yang dibocor dengan cara sebegitu.


(Sumber)