Close

Samsung Galaxy A13 5G kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM1,099

Samsung kini menawarkan satu lagi peranti di bawah siri A iaitu Galaxy A13 5G untuk pasaran tempatan. Peranti ini membawakan beberapa ciri menarik dan ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Galaxy A13 5G dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.5-inci HD+ TFT. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 700 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Bateri sebesar 5000mAh dimuatkan pada peranti ini yang turut menyokong pengecasan pantas 15W. Melengkapkan peranti ini, ia hadir dengan kamera belakang 50MP. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 5MP.

 

Di Malaysia, Samsung Galaxy A13 5G dijual pada harga RM1,099. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, ia telah mula dijual bermula hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN