Close

Samsung Galaxy A23 5G kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM1399

Samsung sedia menawarkan Galaxy A23 5G untuk pasaran tempatan bagi menggantikan model sedia ada. Melaluinya, ia hadir dengan peningkatan spesifikasi yang lebih baik dari model sebelumnya.

Samsung Galaxy A23 5G dilengkapi dengan skrin LCD 6.6-inci FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan cip Snapdragon 695 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Peranti ini dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 25W. Melengkapkanya,ia hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 5MP sudut lebar + 2MP  kedalaman. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP.

Di Malaysia, Samsung Galaxy A23 5G dijual pada tanda harga RM1,399 dan hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Light Blue, Black dan Orange. Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan peranti ini dengan harga promosi iaitu RM1,299, potongan RM100 ini sah sehingga 31 Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN