Samsung buat masa ini sedia menawarkan siri baharu Galaxy A yang merupakan peranti kelas pertengahan premium. Melaluinya, ia menawarkan pelbagai peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk.
Jika sebelum ini, Galaxy A33 5G dan A53 5G ditawarkan pada harga bermula RM1,499 dan RM1,849, kini ia diberikan potongan harga sebanyak RM150 menjadikan harga baharu ialah RM1,349 untuk Galaxy A33 5G dan RM1,699 untuk Galaxy A53 5G.
Selain itu, Samsung turut menawarkan pelbagai promosi seperti rebat trade-in sehingga RM150, promosi OneDrive percuma selama enam bulan dan juga pembelian dengan pembelian dengan diskaun sehingga 40% untuk travel adapter untuk Galaxy A33 5G dan A55 5G.
Bagi yang berminat, ia kini tersedia menerusi kedai atas talian rasmi Samsung Malaysia atau di semua pengedar sah rasmi Samsung Malaysia.