Close

Samsung perli iPhone 14 melalui video iklan baharu


Apple telahpun menjadualkan acara pelancaran pada 7 September 2022 ini. Pada acara tersebut kita bakal diperlihatkan dengan generasi iPhone seterusnya iaitu siri iPhone 14.



Berikutan dari itu, Samsung telah mengeluarkan video iklan baharu yang secara terang-terangan memerli apa yang bakal ditawarkan oleh Apple pada siri iPhone 14.



Melalui video tersebut, Samsung menyatakan pelbagai inovasi telahpun ada pada peranti Galaxy mereka, yang mana teknologi tersebut tidak akan ada pada siri iPhone 14 yang akan datang.


Dalam video yang sama, Samsung turut mempromosikan dua peranti mereka iaitu Galaxy S22 Ultra dan Galaxy Z Flip4. Selain itu, Samsung turut memberitahu mengenai ciri inovasi yang ada seperti kamera dengan resolusi tinggi dan juga kemampuan zum.


Apple dijangka akan membawakan empat varian iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Plus dan iPhone 14 Pro Max.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN