Close

Samsung tidak lagi menyertakan kabel USB-C bermula tahun 2023

Selepas ini, Samsung bukan sahaja tidak lagi menyertakan kepala pengecasan. Tetapi, tidak juga akan menyertakan kabel pengecas USB-C di dalam kotak peranti mereka. 

Menurut sumber dari Korea Selatan, Samsung dikatakan tidak lagi akan menyertakan kabel pengecas USB-C di dalam kotak pada siri Galaxy A bermula awal tahun 2023. 

Selain itu, Samsung turut merancang untuk menggunakan bahan kitar semula pada siri Galaxy akan datang dan akan mengeluarkan sepenuhnya bahan plastik dari kotak bungkusan menjelang tahun 2025.

Perkara ini dilihat sebagai salah satu tindak balas Samsung terhadap perubahan iklim dan bagi melindungi alam sekitar.

Bermula pada tahun ini, siri Galaxy A tidak lagi disertakan kepala pengecasan di dalam kotak. Dan pada masa akan datang, mungkin hanya terdapat peranti dan pin sim sahaja di dalam kotak pembungkusan kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN