Close

Semua model iPhone 14 dilengkapi dengan 6GB RAM

Umum sedia maklum bahawa Apple telahpun melancarkan siri iPhone 14 mereka. Namun ada beberapa perkara yang masih menjadi persoalan, antaranya adalah jumlah RAM dan kapasiti bateri.

 


Terkini, melalui Xcode 14 beta telah mendedahkan jumlah RAM yang digunakan pada semua iPhone 14 adalah 6GB RAM. Sebagai perbandingan, siri iPhone 13 sebelum ini tampil dalam dua konfigurasi RAM iaitu 4GB RAM pada iPhone 13 dan 13 mini, sementara iPhone 13 Pro dan Pro Max dengan 6GB RAM.


Biarpun hadir dengan konfigurasi RAM yang sama. Tetapi, terdapat laporan mengatakan yang iPhone 14 Pro menggunakan teknologi yang lebih baharu iaitu LPDDR5 manakala iPhone 14 menggunakan LPDDR4X. Namun begitu, Xcode 14 beta buat masa ini tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.



Di Malaysia, pra-tempahan bagi iPhone 14 dan 14 Pro bermula pada 16 September ini dan akan mula tersedia pada 23 September ini. Namun, bagi model iPhone 14 Plus ia hanya akan tersedia bermula pada 7 Oktober ini.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN