Close

Siri Google Pixel 7 akan menggunakan cip Google Tensor G2


Google secara rasmi telah menjadualkan acara pelancaran Made by Google pada 6 Oktober ini. Melalui acara tersebut, Google akan mengumumkan beberapa peranti baharu iaitu siri Google Pixel 7, Google Pixel 7 Pro dan juga Pixel Watch.



Menariknya, Google turut mengesahkan yang siri Google Pixel 7 akan dikuasakan oleh cip generasi baharu yang dikenali sebagai Google Tensor G2.

Biarpun Google telah mengesahkan cip yang akan digunakan. Namun, Google tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan juga kemampuan yang akan dibawakan oleh cip Tensor G2.


Walapunbegitu, Google menjanjikan beberapa peningkatan yang akan dibawa oleh Tensor G2 seperti dari segi keselamatan, privasi, pengecaman pertuturan, foto, dan video yang lebih baik.



Selain itu, kami menjangkakan yang cip Tensor G2 akan menawarkan prestasi yang setanding sebagaimana cip terkini yang ada di pasaran seperti cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan juga cip A16 Bionic.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN