Close

Siri iPhone 14 sudah boleh ditempah di Malaysia – Harga mencecah RM8299

Berita baik buat semua pengguna iPhone di Malaysia yang menantikan siri iPhone 14, kini anda sudah boleh membuat pra-tempahan di laman sesawang rasmi Apple atau pada semua penjual barangan Apple yang sah.

Pembaharuan paling ketara untuk siri kali ini adalah pada iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max dengan pilihan warna Deep Purple, paparan Dynamic Island, kamera 48MP dan cip A16 Bionic yang lebih berkuasa. Manakala iPhone 14 hanya sedikit naiktaraf pada ciri kamera Action Mode, Crash Detection dan pilihan warna biru baharu.
Harga jualan bagi setiap model siri iPhone 14 bermula :
  • iPhone 14 – RM4199 (128GB)
  • iPhone 14 Plus – RM4699 (128GB)
  • iPhone 14 Pro – RM5299 (128GB)
  • iPhone 14 Pro Max – RM6299 (128GB)
Terdapat kenaikan harga sekitar RM500 ~ RM700 pada siri iPhone 14 kali ini berbanding siri iPhone 13. Jika anda rasa terlebih berduit, boleh dapatkan iPhone 14 Pro Max 1TB dengan harga RM8299. 

ARTIKEL BERKAITAN