Close

Skrin iPhone 14 Pro dijangka hadir dengan rekaan berlubang seperti Android

Antara perubahan ketara pada iPhone 14 Pro adalah pada skrinnya, tidak lagi menggunakan skrin jenis bertakuk sebaliknya menggunakan skrin jenis berlubang dengan rekaan seperti pil dan bulat.

Sumber : 9TO5Mac

Terkini, terdapat laporan menyatakan yang Apple bakal melakukan sedikit perubahan untuk menjadikan rekaan pil dan bulat pada skrin iPhone 14 Pro menjadi seperti satu lubang yang dicantumkan.

Pada dasarnya, ia masih menampakkan bahagian tersebut kekal secara berasingan. Namun Apple dikatakan akan menggunakan ruang antara dua lubang tersebut untuk memaparkan lampu led hijau dan oren yang menunjukkan status kamera sedang diakses.

Walaubagaimanapun, perubahan tersebut akan menjadikan skrin iPhone 14 Pro kelihatan sedikit pelik. Namun begitu, ada kemungkinan rekaan ini akan menjadi ikutan oleh jenama lain seperti mana sebelum ini pada iPhone X.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN