Close

Snapdragon 8 Gen 2 dilaporkan akan hadir dalam dua varian

Qualcomm kini bersedia untuk melancarkan generasi baharu cip andalan mereka. Melalui beberapa laporan awal, Qualcomm dijangka akan melancarkan dua varian pada Snapdragon 8 Gen 2.

Menurut Digital Chat Station, Qualcomm akan membawakan dua varian berasingan pada Snapdragon 8 Gen 2. Yang mana varian standard akan hadir dengan spesifikasi yang sama namun dengan frekuensi yang lebih tinggi dari generasi sebelumnya.

Manakala untuk varian yang lebih berkuasa, ia dikatakan akan hadir dengan frekuensi ultra tinggi sekitar 3.4GHz hingga 3.5GHz. Di mana kelajuan akan dijana melalui beberapa unit teras dari cip tersebut. Selain itu, ia juga dikatakan akan mempunyai peningkatan prestasi yang ketara pada GPU.

Snapdragon 8 Gen 2 dikatakan akan hadir dengan teknologi binaan 4nm TMSC. Antara peranti terawal yang dijangka akan menggunakan cip ini adalah iQOO 11, Xiaomi 13 Pro dan OnePlus 11 Pro.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN