Close

Sony kini menawarkan PlayStation 5 model baharu yang lebih ringan

Sony kini mula menawarkan model baharu PlayStation 5 yang lebih ringan berbanding model sebelumnya yang dilancarkan tahun lalu.

Hadir dengan model kod yang sedikit berbeza iaitu CFI-1202B untuk edisi digital dan CFI-1202A edisi Ultra HD Blu-ray. Selain lebih ringan, ia juga hadir dengan rekaan kotak yang sedikit berbeza.

Sebagai perbandingan, PlayStation 5 edisi Ultra HD Blu-ray baharu mempunyai berat 3.9kg iaitu 7% lebih ringan berbanding model tahun 2021 4.2kg dan 13% lebih ringan daripada berat asal PlayStion 5 model tahun 2020 ketika ia mula dikeluarkan iaitu 4.5kg.

Manakala untuk PlayStation 5 edisi digital baharu ia hadir dengan berat 3.4kg berbanding 3.9kg pada model sebelumya.

Ini merupakan kali kedua Sony melakukan perubahan pada PlayStation 5 semenjak ia dilancarkan. Sebelum ini, Sony telah mengubah rekaan heat sink menjadi lebih kecil sekaligus dapat menjadi ia lebih ringan. 

Namun begitu, untuk model baharu ini masih tidak dapat dipastikan apakah perubahan yang telah dilakukan oleh Sony untuk menjadikan ia lebih ringan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN