Close

Spesifikasi Asus ROG Phone 6D Ultimate tertiris

Sumber : 91Mobiles

Asus telahpun menjadualkan acara pelancaran siri ROG Phone 6D pada 19 September 2022. Melaluinya, Asus akan menawarkan dua peranti baharu iaitu ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate.



Menurut Digital Chat Station, ROG Phone 6D Ultimate dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED bersama paparan 165Hz. Dimuatkan dengan bateri dual sel 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Untuk fotografi, ROG Phone 6D Ultimate dijangka akan menggunakan sensor Sony IMX766 untuk kamera utama. Sistem penyejukan yang lebih baharu akan dimuatkan yang menjanjikan proses pengaliran haba yang lebih baik dari model sebelumnya.

Selain itu, ROG Phone 6D Ultimate dijangka akan membawakan reka bentuk yang sama seperti model ROG Phone 6 Pro dan akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9000+.


Kami menjangkakan, akan lebih maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN