Close

Spesifikasi awal Xiaomi 12T dan 12T Pro tertiris

Xiaomi tidak lama lagi akan menawarkan peranti dengan kamera 200MP melalui model Xiaomi 12T dan 12T Pro. Kedua-dua peranti ini hadir dengan reka bentuk yang sama, tetapi dibezakan dengan cip dan juga sensor kamera utama.

Sumber : WinFuture

Kedua-dua peranti dijangka akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED dengan resolusi 1220 x 2712. Turut menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 120W.

Xiaomi 12T Pro akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Dilengkapkan dengan kamera utama 200MP OIS dengan sensor Samsung HP1.

Sementara pada Xiaomi 12T pula, ia akan dikuasakan dengan cip Dimensity 8100 Ultra yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Dilengkapkan dengan kamera utama 108MP f/1.65 dan berkongsi spesifikasi kamera lain iaitu 8MP ultra lebar + 2MP makro. Sementara, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 20MP.

Buat masa ini, tiada lagi pengesahan dari Xiaomi mengenai spesifikasi Xiaomi 12T dan 12T Pro. Kami menjangkakan akan lebih maklumat akan didedahkan oleh Xiaomi menjelang hari pelancarannya kelak. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN