Close

Spesifikasi penuh iPhone 14 tertiris sebelum pelancaran

Seperti yang kita tahu Apple telahpun menjadualkan acara pelancaran iPhone 14 pada 7 September ini. Menjelang hari pelancaran yang bakal tiba, terdapat beberapa maklumat mengenainya telah tertiris.

Terkini. terdapat sebuah imej yang memperlihatkan spesifikasi penuh siri iPhone 14. Bukan itu sahaja, imej tersebut turut memperlihatkan reka bentuk keempat-empat varian iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Berdasarkan dari imej tersebut, telah mengesahkan beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini seperti iPhone 14 Pro akan hadir dengan cip A16 Bionic, RAM 6GB LPDDR5 dan juga kamera utama 48MP. 

Manakala iPhone 14 dan iPhone 14 Plus akan menggunakan cip A15 Bionic, RAM yang lebih besar iaitu 6G LPDDR4X dan kamera utama yang sama iaitu 12MP.

Turut dapat dilihat adalah maklumat mengenai saiz bateri, di mana iPhone 14 Plus dan iPhone 14 Pro Max membawakan kapasiti bateri yang hampir sama iaitu 4325mAh dan 4323mAh. Sementara, iPhone 14 dan iPhone 14 Pro tampil dengan kapasiti bateri yang berbeza iaitu 3200mAh dan 3279mAh.

Namun begitu, imej tersebut tidak dapat dipastikan kebenarannya. Tetapi apa yang menarik adalah, kesemua spesifikasi yang didedahkan adalah sama seperti yang telah tertiris sebelum ini. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN