Close

Spesifikasi penuh OnePlus 11 Pro tertiris – Snapdragon 8 Gen 2, pengecasan pantas 100W dan bateri 5000mAh

Sumber : SmartPrix

OnePlus dijangka akan melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 11 Pro. Jika sebelum ini, imej awal peranti tersebut telah tertiris, terkini spesifikasi penuh OnePlus 11 Pro pula tertiris.


Sumber : SmartPrix

Spesifikasi penuh yang didakwa sebagai OnePlus 11 Pro telah dikongsi melalui laman sesawang 91Mobiles. Melaluinya, peranti ini dijangka akan dilengkapi dengan skrin 6.7-inci QHD+ AMOLED dengan paparan 120Hz.


Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Untuk kapasiti bateri, ia hadir dengan 5000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 100W.


Sumber : SmartPrix

Untuk fotografi, OnePlus 11 Pro dijangka hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 48MP + 32MP bersama kamera swafoto 16 MP. Kamera peranti ini dijangka akan menggunakan teknologi Hassleblad seperti mana pada OnePlus 10 Pro.


Ciri lain yang dijangka hadir bersama adalah seperti sokongan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2,  pengimbas cap dibawah skrin, menjalankan Oxygen OS 13 dan lain-lain.


Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran yang didedahkan. Tetapi, terdapat laporan menyatakan OnePlus 11 Pro mungkin akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN