Close

Ferrari perkenalkan SUV pertama mereka – Ferrari Purosangue dengan enjin V12

Ferrari memperkenalkan SUV pertama mereka dengan ciri crossover yang dikenali sebagai Ferrari Purosangue dengan kod model F175.

Dari segi reka bentuk, Ferrari Purosangue hadir dengan beberapa persamaan dengan model GTC4Lusso, dapat dilihat dari beberapa sudut tertentu. Manakala pada bahagian hadapan, ia menggunakan reka bentuk model SF90 Stradale namun dengan gaya yang sedikit berbeza dan terkini.
Ferrari Purosangue menggunakan enjin petrol V12 6.5 liter dengan konsep penentukuran yang di ilhamkan dari Formula 1. Enjin ini menghasilkan kuasa sehingga 715hp dengan kelajuan tertinggi melebihi 310 km/j. 
Dengan kuasa enjin sebegitu, Ferrari Purosangue mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 3.3 saat dan 0-200 km/j hanya dalam masa 10.6 saat.
Model ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Silver, Metallic White, Black dan juga Red Nero Purosangue. Di Itali, ianya dijual pada tanda harga sekitar RM1.75 juta (€390,000) dengan penghantaran pertama bermula pada suku kedua 2023.

ARTIKEL BERKAITAN